Monday, August 9, 2010

1st gathering with Jepangianz



Alhamdullilah.... usaha keras team member yang lain dapat lah jepagianz mengadakan perjumpaan buat kali pertamanya. Kali pertama? yup, kali pertama. Perjumpaan jepangianz yang pertama berlangsung di McDonald Tun Jugah. Seperti yang telah dijangkakan, kurang dari 10 orang yang hadir pada hari tersebut. hehehehe.... Inilah sejarah group jepangianz setelah sekian lama bertapak buat kali pertamanya dapat mengadakan perjumpaan walaupun sedikit tetapi inilah merupakan titik tolak bagi group jepangianz di dalam mengadakan reunion serta aktiviti-aktiviti yang menarik pada masa akan datang. Jumlah sebenar yang hadir pada hari ini adalah seramai 6 orang. Yang terdiri dari diri saya sendiri, awang, norlida, syue, amalina, nurzalika, dan Nadzira Jimi. Perkara-perkara yang dibincang pada masa itu, bagaimana mengumpul kembali rakan2 jepang yang lain. Aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung serta pengagihan tugas2 bagi memajukan group jepangianz. Pengalaman yang menarik kerna dalam berkumpul walaupun di dalam kekurangan warga2 jepang. Dari sinilah permulaan pengembaraan group jepang di dalam mencari rakan-rakan kita agar boleh bersama-sama di dalam turut serta aktiviti-aktiviti yang menarik pada masa depan. Di sini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam 1st gathering ini.

p/s: tok 1st gathering di McD. So, bagi yang dah tawuk pasal blog tok bleh lah promote ngan geng-geng yang sikda Facebook. Diharap boleh mempercepatkan pencarian rakan2 kita yang lain. Apa-apa hal just contact my email: shin_chai86@yahoo.com (awang)

1 comment:

  1. saya kenal diaorang nie.... suma nemiak2 jepang tok....

    ReplyDelete