Sunday, August 15, 2010

After 4 that mean 4th gathering.. yahooooooo...


Pertemuan kali ke-4 di After Four Satok. It enjoyfull moment for 13 of us. Buat pertama kali nya, 4 lagik member jepang hadir untuk perjumpaan kali tok. Thankz a lot to Aina, Zairul, Asyraf dan Elyas. Cadangan daripada Zairul dan Elyas utk mengadakan gathering kali ke-4 berjalan dengan jaya nya. Thumb up for two of them. Member jepang yang hadir kali tok awang, zairul, elyas, asyraf, nur rahman, nor aniz, norlida, nadzira, ummul, estee, aimi, aina dan syafida.

Pada malam gathering tok, hujan nang lebat. Macam sikmaok jak mek orang polah gathering tapi semangat jepang yang sentiasa membara kmk orang meredah hujan untuk hadir di gathering ya juwak. What a wonderful moment pada time ya. Banyak info yang kmk orang berkongsi bersama. Gathering start selepas Magrib.


Pada gathering kali tok, kmk orang meneruskan brain storming kmk orang dalam penambah baikan group jepang serta mempelbagaikan lagik aktiviti-aktiviti yang menarik pada masa akan datang. Dengan hadir nya member jepang yang baruk pertama kali dapat sidak nangga apa sebenarnya group jepang tok dan apakah objektif utama group jepang tok di polah. Dapatlah sidak berkongsi maklumat bersama group jepang dalam masa yang sama dapat sidak madah ngan sidak member jepang yang lain yang masih belum pernah ngekot gathering group jepang. Di antara perkara2 yang dibincangkan dalam gathering kali tok adalah, bukak posa rami-rami dan majlis ramah tamah aidilfitri Jepangianz.

Untuk berbukak posa, di cadangkan beberapa tempat di antara nya steamboat, western, buffet dan lain-lain. Tempat berbukak posa akan di cmfirmkan semula dengan member2 lain. Tarikh berbukak posa juwak telah diberik. Minggu terakhir bulan posa. Minggu terakhir dipilih sebab menunggu member2 dari semenanjung malaysia yang bakal balit bercuti raya. Di harap untuk next event berbukak posa dapatlah rami2 member jepang dapat berkumpul. Cadangan tarikh dan tempat boleh lah diajukan di dalam group jepang kita. Or ktk orang bleh inform team member jepang yang ada di dalam group jepang.

Selepas event berbukak puasa, kmk orang meneruskan perbincangan mengenai Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Jepangianz. yang bakal diadakan pada hari raya ke-3 or ke-4. Tempat yang dicadangkan adalah di rumah sahabat kita e-ein. Dan ada cadangan dari member lain untuk mengadakan di Dewan Jepang. Pada event tok juwak, kita akan menjemput cikgu2 kita yang dapat kita kontek melalui Facebook. Kita akan cmfirmkan balit mengenai Majlis Ramah Tamah Aidilfitri selepas event berbukak puasa.

Bagi yang dah membaca News tok, bleh lah sebarkan maklumat kepada member2 jepang yang lain yang masih belum tawuk kewujudan Group Jepang kita. Team member tengah mengumpul maklumat2 member jepang yang lain agar mudah untuk kmk orang update mengenai aktiviti2 group jepang pada masa akan datang. Thankz a lot kerna sentiasa memberik sokongan kepada group jepang. Let make our group become a better group in future. ^_^


Jom nangga gelagat2 geng jepang di debah masa gathering:







Elyas dan asyraf yang tengah khusyuk mendengar Awang berik taklimat.







Asyraf yang tiba-tiba muncul di tengah2 bila 4 orang gadis ayu tengah berposing k amik gambar.







Nor and Ummul tengah memberikkan posing yang terbaek bila maok amik gambar di After Four.
















Elyas yang sangat gembira bila makanan nya dah sampey. Aik sampey 2 igek. hehehehe












Reaksi aimi bila tiba2 di amik gambar. Semangatnya... hohoho






Zairol, maok skit rol. Nang nyaman mee ya..
Teruskan perjuangan Zerol...










Rahman dan asyraf, dua orang yang paling lambat datang. Rahman mcm biasa nang salu lambat. hahaha... Asyraf kenak prank oleh Elyas ngan Zerol melalui talian hangit.... Relax Asyraf... Biasalah mun dah lamak sik nemu.







Tuesday, August 10, 2010

Konvoi Ke Majlis Pertunangan Yon Thania

Yea yea yea.... konvoi... seronoknyer.... Tok lah warga-warga jepangianz yang konvoi ke Majlis Pertunangan yon. walaupun kali tok, sik rami yang dapat datang tapi still semangat konvoi jepangianz membara-bara. Thankz to Rahman, e-ein, Jasmin, Ummul, Aimi, Nadzira, Dr. Nor, awang dan tiga rakan lain yang turut menjayakan konvoi ini. sewonoknyer.... Lokasi bergambar. ADUN lamak.



Inilah warga-warga jepagiangz yang tengah posing maut setelah menang kereta. Macam Jutawan-jutawan MLM. Hahaha.. Suasana mcm tok memang menceriakan setiap member2 yang hadir untuk konvoi haritok. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Keadaan agak gelap masa tok. Awan mendung, tapi semangat warga jepang sik pernah hilang. Utk gathering kali tok, Jasmin buat kali pertamanya dapat turut serta di dalam gathering Group Jepangianz serta memeriahkan lagi suasana pada masa ya. Sapa yang tidak dapat join memang rugi sangat-sangat. hehehe.. Dun worry, banyak lagik aktiviti-aktiviti yang menarik bakal berlangsung. Just Keep on update with our Group Jepang. ^_^


Inilah pasangan tunang yang diraikan pada hari tok, Yon Thania dan Jwan Amran. Group Jepang mendoakan kebahagian serta kesejahteraan pasanagan bertuah ini. Sama padan, sama cantek. Bak kata orang tua, bagai pinang dibelah dua. ^_^
P/s: yon thania, terima kasih kerana menjemut warga jepang untuk hadir ke Majlis pertunangan ini.

Sorang lagik member jepang kami jumpa di majlis pertunangan tok. Norizan yang juga sahabat karib Yon. Nang pemalu norizan masa tok, tapi demi untuk amik gambar yang kacak, member-member jepang lain memaksa juwak Norizan untuk turut serta dalam mengambik gambar. Yalah dinamakan semangat warga jepang. Pada majlis tok, makanan yang disediakan memang terbaeklah. Semua member Jepang mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada Yon Thania kerana sudi menjemput kami ke Majlis ini. Pengalaman manis tok akan kmk orang kenang sampey bila2....



P/s: Yon cepat2 kit kawen, sik sabar dak geng jepang merasa nasik minyak orang kawen.
To all jepang member, thankz a lot for everything. In giving idea, suggestion and all the
effort for making our group jepang become more happening in future.

Monday, August 9, 2010

Bing Pullman( 2nd Gathering)


haiyo haiyo haiyo.... Tok update terbaru untuk 2nd gathering.... Yahoo~~~... Kali tok gathering polah di Bing Pullman... Best ctok, kmk orang polah mcm rumah mek orang pun... hahahaha This time, alhamdullilah penambahan orang dalam gathering. Seronok nyer jumpa kamu semua. Perjumpaan kali tok, sempena boy(ferol) yang datang bercuti ke kuching.(mcm boy dah jadi orang cnun)... Relax pok. guro2 jak.... Boy bersama isterinya datang sekali untuk gathering kali tok. Group Jepangianz polah perjumpaan kali tok sempena utk berjumpa dengan sahabat kita yang datang jauh dari Semenanjung. Member-member yang hadir pada masa ya, awang(myself), Mohd Afiq, Rahman, e-ein, aimi, ummul, estee,syue, norlida, nor(dr.), syafida, Nadzira jimi and boy ferol. Memang best jumpa ktk orang semua. Dalam kesempatan tok, team member Group Jepangianz mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan ktk orang dalam memajukan group jepangianz kita. So, total member yang hadir seramai 13 orang dan tok merupakan peningkatandari 1st gathering yang lepas. Dalam perjumpaan kali tok, sempat membincangkan mengenai tujuan group jepangianz. Apa sebenar yang kita polah. So far, boy(ferol) diamanahkan supaya nya menyampaikan maklumat kepada rakan-rakan yang berada di semenanjung malaysia mengenai tujuan group jepang dipolah. thumb up for boy ferol.
Tambahan, perbincangan mengenai pencarian rakan2 lain diteruskan. update data dari rakan2 yang hadir amat berguna utk team member. Thankz all. Lepas ya, mcm biasa berborak cerita zaman-zaman budak-budak. We have a great time with all member that come on that day. Thankz. Dah habis gather mek orang pun rami2 makan di Tun Jugah. ^_^

P/s: thankz to boy and all come to this gathering. To all who read this post, please tell other member. Thank form Group Jepangianz.... smile...

1st gathering with Jepangianz



Alhamdullilah.... usaha keras team member yang lain dapat lah jepagianz mengadakan perjumpaan buat kali pertamanya. Kali pertama? yup, kali pertama. Perjumpaan jepangianz yang pertama berlangsung di McDonald Tun Jugah. Seperti yang telah dijangkakan, kurang dari 10 orang yang hadir pada hari tersebut. hehehehe.... Inilah sejarah group jepangianz setelah sekian lama bertapak buat kali pertamanya dapat mengadakan perjumpaan walaupun sedikit tetapi inilah merupakan titik tolak bagi group jepangianz di dalam mengadakan reunion serta aktiviti-aktiviti yang menarik pada masa akan datang. Jumlah sebenar yang hadir pada hari ini adalah seramai 6 orang. Yang terdiri dari diri saya sendiri, awang, norlida, syue, amalina, nurzalika, dan Nadzira Jimi. Perkara-perkara yang dibincang pada masa itu, bagaimana mengumpul kembali rakan2 jepang yang lain. Aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung serta pengagihan tugas2 bagi memajukan group jepangianz. Pengalaman yang menarik kerna dalam berkumpul walaupun di dalam kekurangan warga2 jepang. Dari sinilah permulaan pengembaraan group jepang di dalam mencari rakan-rakan kita agar boleh bersama-sama di dalam turut serta aktiviti-aktiviti yang menarik pada masa depan. Di sini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam 1st gathering ini.

p/s: tok 1st gathering di McD. So, bagi yang dah tawuk pasal blog tok bleh lah promote ngan geng-geng yang sikda Facebook. Diharap boleh mempercepatkan pencarian rakan2 kita yang lain. Apa-apa hal just contact my email: shin_chai86@yahoo.com (awang)

Tuesday, August 3, 2010

Jepangianz back in da house!!!!

Yo yo yo.Jepang in da house.Bertemu kita pertama kali di jepangianz blog. Dengan ada nya blog ini dapatlah saya dan team member berkongsi pelbagai maklumat serta aktiviti-aktiviti yang menarik dengan bekas rakan-rakan S.R.K Merpati Jepang yang lain. Tujuan blog ini adalah untuk mengumpulkan kembali rakan-rakan jepang yang lain. Pelbagai cara dan kaedah telah kami laksanakan untuk mengumpul rakan-rakan jepang yang lain tetapi penyebaran mengenai "Group jepang" masih kurang. Terima kasih di atas sokongan rakan-rakan jepang yang lain dalam memajukan "Group Jepang" menjadi lebih mantap pada masa hadapan. Marilah rakan-rakan, bersama-sama saya mencari rakan-rakan kita yang masih belum kita jumpa. Di harap dengan adanya blog ini bolehlah membantu dalam penyebaran maklumat mengenai aktiviti-aktiviti yang berlaku di dalam "Group jepang". Marilah kita bersama-sama dalam mengimbau kembali nostalgia2 indah di zaman kanak-kanak.

P/s: sori guys mun post tok sik cukup power. 1st time post katakan.. hehehehe